Profil Imam Al-Mahdi (Mujtahid)
MAHDI ???
SEJAK dahulu
hinggalah ke hari ini masalah
siapakah sebenarnya AI-Mahdi
tidak henti-henti menjadi
perkara yang diperbahaskan.
Akibat daripada itu, terdapat
setengah golongan umat Islam
yang cuba mengandaikan
seseorang sebagai Al-Mahdi.
Sementara setengah pihak
pula (Ahlu Sunnah WaI
Jamaah) tidak menetapkan
seseorang sebagai Al-Mahdi,
sebaliknya menyerahkan
perkara tersebut kepada
urusan Allah SWT. Apa yang
penting bagi kita ialah yakin
akan kemunculannya
sebagaimana yang
dikhabarkan oleh Rasulullah
SAW.
Bagi menjelaskan
siapakah sebenarnya Ai-
Mahdi, marilah kita merujuk
kepada kitab-kitab para ulama
Islam yang mu’tabar dan
diakui kesahihannya. Di antara
kitab-kitab tersebut ialah Al-
Hawi Lii Fatawa karangan
Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil
Mahdi Al-Muntadzar dan As-
Sawaiqul Mukhriqat karangan
Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-
Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa
Fil Muntadziri Waddajal Wal
Masihi karangan Al-Allamah
AsSyaukani, Ibrazul Wahmil
Maknun Min Kalam Ibni
Khaldun karangan Al-
Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq
Al-Ghumari dan banyak lagi
kitab-kitab lainnya yang
menerangkan secara jelas
tanda-tanda dan sifat-sifat Al-
Mahdi sebagaimana yang
disebutkan oleh hadits-hadits
Rasulullah SAW.
Kitab-kitab tersebut
menerangkan bahawa nama
Al-Mahdi ialah Muhammad bin
Abdullah sementara
gelarannya pula ialah Abu
Abdullah. Menurut riwayat
yang sah Al-Mahdi adalah dari
keturunan Sayidina Hassan bin
Ali. Sesungguhnya telah tsabit
bahawa Al-Mahdi adalah
keturunan Hassan bin Ali
sebagaimana yang tersebut di
dalam hadits sahih yang
diriwayatkan oleh Al-Imam
Abu Daud dalam Sunannya,
“Telah berkata Ali
sambil memandang puteranya
Hassan,” Sesungguhnya
Puteraku ini ialah sayid
sebagaimana yang telah
dinamakan oleh Nabi SA W.
Dari keturunannya akan lahir
seorang lelaki yang namanya
seperti nama Nabi kamu,
menyerupai baginda dalam
perangai dan tidak
menyerupai baginda dalam
rupa dan bentuk.”
Hadits ini telah
disahkan oleh para ulama di
antaranya Al-Manawi di dalam
kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir
dalam kitabnya An-Nihayah,
Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan
kitabnya Gharibul Hadits dan
Al-Manarul Munif Fi Sahihi
Wad Dha’if, Al-Muhaddits
Sayid Ahmad Siddiq Al-
Ghumari di dalam kitabnya
Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa
AS dan lain-lain lagi.
Di dalam kitab Naqdul
Manqul m.s 8O pengarang
kitab tersebut memetik
kenyataan lbnu Qayyim Al-
Jauziyah, “kebanyakan hadits-
hadits menunjukkan bahawa
Al-Mahdi adalah anak dari
Sayidina Hassan bin Ali.”
Abu Thahir Muhd
Syamsul Haq dalam kitabnya
‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan
Abu Daud), memetik
kenyataan Al-Hafiz Imanuddin
yang menyebut bahawa
hadits-hadits mengenai Al-
Mahdi menunjukkan bahawa
Ia dari ahli bait Rasulullah
SAW, zuriat Fatimah dan
anaknya Hassan bin Ali. (sila
rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud
juzu’ II m.s 374 dan 382)
Tersebut di dalam
kitab Hasyiah As-Sabban ms
137, bahawa riwayat yang
mengatakan Al-Mahdi dari
keturunan Al-Hussin adalah
terlalu lemah. Sementara di
dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147
riwayat yang mengatakan Al-
Mahdi dari keturunan AI-
Hussin bin Ali adalah dha’if.
Terdapat juga hadits-
hadits yang menyatakan
bahawa Al-Mahdi dari
keturunan Al-Abbas bin Abdul
Muttalib. Maka para ulama
hadits menghimpunkan hadits
yang berlawanan. Iaitu hadits-
hadits yang mengatakan Al-
Mahdi dari keturunan Sayidina
Hassan bin Ali adalah sah dan
hadits yang mengatakan AI-
Mahdi dari keturunan Al-
Abbas dan Al.Hussin adalah
dha’if. Ini adalah sebagaimana
kenyataan yang dibuat oleh
Al-Hafiz Abut Hassan Ad-
Darqatni.
Hadith Tentang Al-Mahdi
1. Dari Jabir bin
Abdullah ra katanya ; "Aku
mendengar Rasulullah SAW
bersabda, : "Sentiasa ada di
kalangan umatku golongan
yang berperang di atas
kebenaran, mereka sentiasa
zahir hingga hari Qiamat.
Sabdanya lagi: "Kemudian
turun Isya bin Maryam AS dari
langit, dan berkata pemimpin
mereka (Imam Mahdi), silalah
menjadi imam solat kami dan
Nabi Isya menjawab, tidak,
bahawa sebahagian Kamu
sebagai kemuliaan Allah SWT
ke atas umat ini (umat Islam) .
Hadtih riwayat Muslim.
2. Dari Ali bin Abu
Talib bahawa Rasulullah SAW
bersabda : "Al-Mahdi itu dari
ahlul bait, Allah membawa
kebaikan dengannya dalam
satu malam. Hadith riwayat
Imam Ahmad.
3. Dari Dzar dari
Abdullah dari Nabi SAW yang
bersabda : "Sekiranya dunia
hanya tinggal sehari sahaja
(sebelum qiamat) nescaya
Allah memanjangkan hari itu
sehingga bangkit padanya
seorang lelaki dari
keturunanku atau dari kaum
keluargaku, yang namanya spt
namaku, nama bapanya spt
nama bapaku, ia akan
memenuhi bumi dengan
keadilan dan saksama
sebagaimana bumi dipenuhi
kezaliman dan kekejaman.
Hadith riwayat Abu Daud dan
Turmizi.
4. Dari Abu Said Al-
Khudri ra berkata : "Aku telah
mendengar Rasulullah SAW
bersabda ; "Akan lahir dari
umatku seorang lelaki yang
menyeru dengan sunahku,
Allah menurunkan hujan dari
langit untuknya, bumi
mengeluarkan kasil dan
darinya buni dipenuhi dengan
kedurjaan dan kekejaman. Ia
memerintah umat ini selama
tujuh tahun dan akan berada
di baitul Maqdis. Hadith
riwayat At-Tabarani.
5. Dari Aishah ra
katanya, Rasulullah SAW telah
bersabda : "Al-Mahdi itu
seorang lelaki dari cucuku, ia
akan berperang atas
Sunnahku spt aku berperang
atas wahyu". Hadith riwayat
Na'im bin Hammad
6. Dari Said bin Al-
Musaiyab dari Ummu Salmah
yang berkata, "Aku telah
mendengar Rasulullah SAW
bersabda : "Al-Mahdi itu dari
keturunanku dari anak cucu
Fatimah". Hadith riwayat
Muslim, Abu Daud, Ibnu
Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani
dan Al-Hakim
Namun, tidak terdapat
hadits yang menyebut
mengapa AI-Mahdi dinamakan
Al-Mahdi, tetapi terdapat dua
atsar sahabat dalam hal ini.
Abdullah bin Syuzab berkata,
“Sebab ia dinamakan
Al-Mahdi ialah kerana ia
menunjukkan satu gunung di
gunung negeri Syam. Ia
mengeluarkan dari gua
gunung tersebut lembaran-
lembaran kitab Taurat. Al-
Mahdi berhujah melawan
orang-orang Yahudi
menggunakan kitab tersebut
dan mereka akhirnya kalah.
Maka salah satu kumpulan
orang-orang Yahudi memeluk
Islam.” Atsar ini diriwayatkan
oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam
Sunannya.
Daripada Ka’ab bin
Alaqamah berkata,
“Sebab dinamakannya
Al-Mahdi ialah kerana ia
menunjukkan pada suatu
perkara yang telah hilang, dia
mengeluarkan peti dari negeri
Antakiah (peti berisi lembaran
kitab Taurat dan lain-lain).
Diriwayatkan oleh Na’im bin
Hammad dalam kitabnya Al-
Fitan.
Al-Muhaddits Sayid
Ahmad Siddiq Al-Ghumari
menerangkan di dalam
kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi
Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi
dilahirkan di Madinah Al-
Munawwarah serta dibesarkan
di sana. Sebelum umat Islam
berbai’at dengannya,
berlakulah satu peperangan
yang besar di antara
penduduk Madinah dengan
tentera-tentera As-Syufiani.
Dalam peperangan tersebut,
penduduk Madinah mengalami
kekalahan dan mereka lari
bersama-sama Al-Mahdi ke
Makkah. Di Makkah datanglah
orang dari berbagai-bagal
negeri kerana berbai’at
dengannya di suatu tempat
iaitu di antara Hajar Aswad
dan Maqam Ibrahim.
Tanda-tanda keluarnya
Al-Mahdi dinyatakan di dalam
hadits yang diriwayatkan oleh
Abu Said, Ummu Salamah,
Aisyah bin Malik dan Huzaifah
Al-Yamani.
Di antara tanda-tanda
menunjukkan kemunculan Al-
Mahdi itu ada beberapa
perkara:
1. Pecah Sungai Furat yang
terbesar dalam negeri Iraq
masuk ke Laut Parsi.
2. Gerhana bulan pada awal
malan daripada bulan
Ramadhan dan gerhana
matahari dari awal bulan
Ramadhan.
3. Gerhana bulan dua kali
dalam bulan Ramadhan
4. Naik tanduk di langit
umpama beberapa gigi.
5. Naik bintang yang berekor
yang cerah di sebelah timur
6. Zahir api yang besar dari
timur selama tiga malam atau
tujuh malam
7. Zahir kelam pada langit.
8. Zahir merah pada langit
yang berhamburan ia pada
segala tepi langit yang lain
daripada merah di tepi langit
yang biasa.
9. Seruan yang umum dari
langit kepada sekelian ahli
bumi dengan loghat masing-
masing bahawa Al-Mahdi telah
zahir.
10. Tenggelam kampung
Khrastan di dalam negeri
Syam (Syria).
11. Diserukan daripada Iangit
akan nama Imam Mahdi
dengan seruan yang tersangat
kuat hingga didengar oleh alhi
bumi danipada Timur ke
Barat. Maka orang yang tidur
menjadi jaga, orang yang
berdiri menjadi duduk dan
orang yang terduduk menjadi
terdiri di atas kedua kakinya
kerana terlalu terkejut.
12. Zahir jemaah dari lelaki atau
kuda di dalam bulan Syawal.
Kemudian maka kedengaran
suara yang menunjuk atas
yang bathil. Peperangan
dalam bulan Zulhijjah serta
ramai sehingga mengalir
darah di atas Jamratul Aqabah
di Mina (tempat melontar).
13. Zahir banyak gempa bumi.
14. Datang dua seruan dari langit.
Seruan yang pertama iaitulah
seruan daripada langit dengan
katanya, “Ketahuilah olehmu
akan bahawa seorang yang
keluar pada bumi yang
bernama Mahdi itu
sebenarnya keluarga
Muhammad.” (Dan seruan
kedua) iaitulah seruan syaitan
dengan katanya, “Ketahuilah
olehmu bahawa seorang yang
keluar pada bumi yang
bernama Mahdi itu
sebenarnya dari ketuarga
Isa.” (Lihat AdDuratun Nafi’ah
Fi Isyratis Sa’ah)
Setengah-tengah ulama’ telah
menamakan tokoh-tokoh
tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-
Mahdi yang mereka
maksudkan ialah pemimpin-
peminipin Islam yang adil
selepas Rasulullah SAW.
berpandukan hadits Rasulullah
SAW,
“Tetaplah kamu
dengan sunnahku dan sunnah
khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi
(yang mendapat petunjuk).”
— Riwayat Abu Daud dan At-
Tarmizi
Berpandukan hadits ini maka
para ulama Ahli Sunnah Wal
Jammah ada yang menentukan
seseorang sebagai Al-Mahdi,
tetapi bukanlah sebagai Al-
Mahdi Muntadzar
sebagaimana yang disebut
oleh Rasulullah SAW yang
muncul di akhir zaman.
Hassan Ibrahini
Hassan dalam kitabnya,
Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407
menyebut dengan panjang
lebar akan masalah ini dan
menjelaskan, “Bahawa Al-
Mahdi yang dikatakan oleh
beberapa ulama’ di dalam
kitab-kitab mereka ada
beberapa orang itu bukanlah
Al-Mahdi yang akan muncul di
akhir zaman.”
Al-Imam Ahmad
Hanbal sendiri pernah
menyebut, “Bahawasanya
Umar bin Abdul Aziz tidak
syak lagi adalah ia Al-Mahdi,
tetapi bukanlah Al-Mahdi yang
akan keluar di akhir zaman.
Tetapi adalah Al-Mahdi yang
mendirikan kebenaran dan
kebajikan” (sila lihat kitab
Naqdul Manqul ms 78-79)
Golongan Syiah yang
berpendapat bahawa
Muhammad bin Al-Hassan Al-
Askari sebagai Al-Mahdi juga
tidak menyebutnya sebagai Al-
Mahdi Muntadzar yang muncul
di akhir zaman. Sebaliknya
mereka menyebutnya sebagai
Al-Mahdi yang akan
memimpin mereka atas
kebenaran dan kebajikan. (sila
lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’
II ms 382)
Tidak ada komentar
Jika ada pertanyaan, sekedar sharing pendapat, dll, Silakan Isi komentar di bawah ini: