Tanya Jawab Tentang 'Kentut'
Soal Jawab Tentang Kentut
Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas
dalam usus berasal dari udara
yg kita telan, gas yang
menerobos ke usus dari
darah, gas dari reaksi kimia
dan gas dari bakteria dalam
perut.
Apakah komposisi kentut?
Pelbagai. Makin banyak udara
anda telan, makin banyak
kadar nitrogen dalam kentut
(oksigen dari udara diserap
oleh tubuh sebelum sampai di
usus). Adanya bakteria serta
reaksi kimia antara asid perut
dan cairan usus menghasilkan
karbon dioksida. Bakteria juga
menghasilkan metana dan
hidrogen.
Komposisi gas tergantung apa
yang anda makan, berapa
banyak udara tertelan, jenis
bakteria dalam usus, berapa
lama kita menahan kentut.
Makin lama menahan kentut,
makin besar kandungan
nitrogen, kerana gas-gas lain
terserap oleh darah melalui
dinding usus. Orang yang
makannya tergesa-gesa kadar
oksigen dalam kentut lebih
banyak kerana tubuhnya tidak
sempat menyerap oksigen.
Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut busuk kerana
kandungan hidrogen sulfida
yang mengandung sulfur
(belerang). Makin banyak
kandungan sulfur dalam
makanan anda, makin banyak
sulfida dihasilkan oleh
bakteria dalam perut dan
makin busuklah kentut anda.
Telur dan daging mempunyai
peranan besar dalam
menghasilkan bau busuk
kentut. Kacang-kacang
berperanan dalam
menghasilkan isipadu kentut,
bukan dalam kebusukannya.
Kenapa kentut menimbulkan
bunyi?
Kerana adanya getaran
lubang dubur pada masa
kentut dikeluarkan. Kekuatan
bunyi bergantung pada
kelajuan gas.
Kenapa kentut yang busuk itu
hangat dan tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut
adalah bakteria. Fermentasi
bakteria dan proses
pencernaan menghasilkan
haba, hasil sampingannya
adalah gas busuk. Ukuran
gelembung gas lebih kecil dan
hangat dengan produk
metabolisme bakteria yg
berbau busuk. Ini
kemudiannya menjadi kentut,
walau hanya kecil
isipadunya,tapi SBD ('Silent
But Deadly').
Berapa banyak kentut
dihasilkan sehari?
Lebih kurang setengah liter
sehari dalam 14 kali kentut.
Mengapa kentut keluar
melalui lubang dubur?
Bukankah sepatutnya gas
kentut bergerak ke atas
disebabkan ketumpatannya
lebih ringan? Tidak demikian.
Gerakan peristaltik usus
mendorong isinya ke arah
bawah. Tekanan di sekitar
lubang dubur lebih rendah.
Gerakan peristaltik usus
menjadikan ruang mempunyai
tekanan, sehingga memaksa
isi usus, termasuk gasnya
untuk bergerak ke kawasan
yang bertekanan lebih rendah,
iaitu sekitar lubang dubur.
Dalam perjalanan ke arah
lubang dubur, gelembung-
gelembung kecil bergabung
jadi gelembung besar. Kalau
tidak ada gerakan peristaltik,
gelembung gas akan
menerobos ke atas lagi, tapi
tidak terlalu jauh, kerana
bentuk usus yg rumit dan
berbelit-belit.
Berapa waktu yang diperlukan
oleh kentut untuk melakukan
perjalanan ke hidung orang
lain?
Bergantung kepada keadaan
udara, seperti kelembaban,
suhu, kecepatan dan arah
angin, berat molekul gas
kentut dan jarak antara
'transmitter' dengan
'receiver'. Selepas
meninggalkan sumbernya, gas
kentut menyebar dan
konsentrasinya berkurang.
Kalau kentut tidak dikesan
dalam beberapa saat, bererti
ianya mengalami 'peleraian' di
udara dan hilang ditelan
udara selama-lamanya.
Kecuali kalau anda kentut di
ruang sempit, seperti lif,
kereta, kepekatannya lebih
banyak, sehingga baunya akan
berlegar dalam waktu yang
agak lama sampai akhirnya
diserap dinding.
Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih
hidup. Sesaat setelah
meninggalpun orang masih
boleh kentut.
Betulkah lelaki kentut lebih
kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan
jantina. Kalau benar, bererti
perempuan menahan
kentutnya, dan apabla mahu
kentut, banyak sekali jumlah
yang dikeluarkan.
Bilakah biasanya orang
kentut?
Pagi hari di tandas, yang
disebut 'morning thunder'.
Kalau resonansinya bagus,
boleh didengar di seluruh
penjuru rumah.
Mengapa makan kekacang
menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat
gula yang tidak boleh dicerna
tubuh. Gula tersebut
(raffinose, stachiose,
verbascose) jika sampai di
usus, bakteria di usus akan
'berpesta' dan membuat
banyak gas. Jagung, kubis,
susu juga penyebab banyak
kentut (bukan baunya!).
Selain makanan, apa lagi
penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan
terburu-buru, makan tanpa
dikunyah, minum 'soft drink',
naik pesawat udara (kerana
tekanan udara lebih rendah,
sehingga gas di dalam usus
mengalami pengembangan &
muncul sebagai kentut).
Apakah kentut sama dengan
sendawa, tapi muncul dari
lubang lain?
Tidak. Sendawa muncul dari
perut, komposisi kimianya lain
dengan kentut. Sendawa
mengandung lebih banyak
udara, kentut mengandung
lebih banyak gas yang
dihasilkan oleh bakteria.
Ke mana perginya gas kentut
kalau ditahan/tidak
dikeluarkan?
Ia akan diserap oleh darah,
berpindah ke bahagian atas
menuju usus. Namun pada
akhirnya akan keluar juga.
Jadi ia bukan lenyap, tapi
hanya mengalami
penangguhan.
Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut
mengandung metana,
hidrogen yang boleh terbakar
(gas asli mengandung
komponen ini juga). Kalau
terbakar, nyalaannya
berwarna biru kerana
kandungan unsur hidrogen.
Bolehkah menyalakan mancis
dengan kentut?
Jangan mengada-ada. Suhunya
tidak cukup panas untuk
memulakan pembakaran.
Mengapa kentut anjing &
kucing lebih busuk?
Kerana anjing dan kucing
adalah karnivor (pemakan
daging). Daging kaya dengan
protein. Protein mengandung
banyak sulfur, jadi bau kentut
binatang ini lebih busuk.
Berbeza dengan herbivor
seperti kambing, kuda, gajah,
yang menghasilkan kentut
yang lebih banyak, lebih lama
dan lebih kuat bunyinya,
tetapi relatifnya tidak berbau.
Betulkah pening kepala kalau
mencium bau kentut 2-3 kali
berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit
oksigen, mungkin sedikit saja
anda mengalami pening
kepala kalau mencium bau
kentut terlalu banyak.
Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau
warnanya oren seperti gas
nitrogen oksida, akan tahulah
siapa yang kentut..hehehe
Apakah kentut itu asid atau
neutral?
Asid, kerana mengandung
karbon dioksisa (CO2) &
hidrogen sulfida (H2S).
Apa yang terjadi kalau
seseorang kentut di planet
Venus?
Planet Venus sudah banyak
mengandungi sulfur
(belerang) di lapisan
udaranya, jadi kentut di sana
tidak ada kesannya.
Tidak ada komentar
Jika ada pertanyaan, sekedar sharing pendapat, dll, Silakan Isi komentar di bawah ini: